PORT DICKSON: Persiapan sambutan tahun baharu sebuah hotel terkenal di sini bertukar tragedi selepas seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera terkena letupan bunga api pada Sabtu.
Kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu berlaku ketika mangsa masing-masing berusia 40 tahun dan 39 tahun sedang memasang bunga api untuk pertunjukan ambang tahun baharu 2024 di hotel berkenaan.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, kejadian berlaku di bahagian bumbung atas bangunan tempat letak kenderaan hotel berkenaan.
"Semasa kejadian hanya terdapat pekerja yang ditugaskan untuk memasang bunga api bagi pertunjukan sempena malam Ambang Tahun Baharu 2024.
"Ekoran daripada kejadian tersebut, seorang lelaki tempatan telah meninggal dunia manakala seorang lagi telah dihantar ke Hospital Port Dickson untuk mendapatkan rawatan akibat terkena serpihan bahan bunga api yang meletup," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Menurutnya, orang awam diminta tidak tularkan kejadian berlaku kerana boleh mengganggu siasatan pihak polis bagi mengetahui punca kejadian.
Tambahnya, kedua-dua mangsa bukan pekerja hotel berkenaan dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut
Sementara itu, menerusi aplikasi X, ahli keluarga mangsa meminta orang awam agar tidak menyebarkan gambar mangsa.
"Minta maaf, saya keluarga kepada arwah. Minta tolong padam video dan gambar ini. Ini semua aib pada si arwah. Minta jasa baik," tulisnya.
Malah video kejadian itu juga turut tular yang memaparkan bunga api tersebut secara tiba-tiba meletup dan beberapa orang kakitangan hotel dilihat berlari menyelamatkan diri. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jan 01 2024
Kejadian berlaku di bahagian bumbung atas bangunan tempat letak kenderaan hotel berkenaan. - Gambar hiasan
[KOLUMNIS] PRK KKB: UMNO ‘king maker’ senyap?
Di Kuala Kubu Baharu, UMNO dilihat sebagai penentu dan king maker dengan menghadiahkan satu blok undi, dalam jumlah yang besar.
Apple iOS 17.5.1 atasi isu gambar dipadam muncul semula
Apple tidak keluar sebarang komen, sekadar tawarkan kemas kini iOS 17.5.1, menyatakan ia mengatasi masalah gambar lama muncul semula itu.
Thailand umum rancangan jadi hab penerbangan Asia Pasifik
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand (CAAT) mengumumkan rancangan tiga peringkatnya untuk menjadi hab penerbangan di rantau ini. Ia bakal meningkatkan kapasiti pengembara udara kepada 270 juta orang setahun menjelang 2037 dan menjadi antara lima negara teratas dalam logistik udara di Asia-Pasifik.
AWANI Ringkas: Kontroversi penganjuran pesta hiburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Windows Recall ingat kesemua aktiviti, lokasi fail pada PC
Microsoft mengatakan Recall ialah seperti mempunyai pembantu maya dengan memori fotografi.
Niaga SPOTLIGHT: Economic impacts of extreme heat
Niaga SPOTLIGHT: Economic impacts of extreme heat
Pilihan raya Iran ditetapkan pada 28 Jun
Ketua-ketua cabang kuasa Iran telah memutuskan 28 Jun sebagai tarikh untuk memilih Presiden baharu.
Melahirkan lebih ramai pencipta nilai Bumiputera
Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Peneraju, Ibrahim Sani berkongsi pandangan beliau berkenaan hala tuju
Ziyad Zolkefli, Latif Romly sah layak ke Sukan Paralimpik Paris 2024
Antara atlet lain adalah atlet lompat jauh, Datuk Abdul Latif Romly, dan atlet para berbasikal, Muhamad Yusof Hafizi Shaharuddin.
JKKP tutup lokasi letupan bunga api untuk siasatan lanjut
JKKP Negeri Sembilan telah mengeluarkan arahan menutup lokasi letupan bunga api di sebuah hotel di Port Dickson untuk siasatan lanjut.
Lelaki maut terkena letupan bunga api di hotel PD
Persiapan sambutan tahun baharu sebuah hotel terkenal di sini bertukar tragedi selepas seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera terkena letupan bunga api pada Sabtu.
Peminat cedera kena letupan bunga api di konsert Dua Lipa
Letupan bunga api tersebut dipercayai diseludup masuk oleh peminat dan membakarnya sewaktu konsert berlangsung.
Kertas siasatan letupan bunga api diserah pada DPP - OCPD
Pihak polis telah menyerahkan kertas siasatan berhubung kes letupan bunga api sempena sambutan tahun baharu di Kompleks Sukan Pandamaran di sini kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut.
Keluarga mangsa mahu tahu punca bunga api meletup hingga sebabkan kecederaan
Seorang anggota keluarga mangsa letupan bunga api sambutan tahun baharu di Klang ingin tahu punca insiden yang mencederakan tiga anggota keluarganya.